Untung RM3- 5k sebulan bisnes air balang - Kak Siti
Siapa kata bisnes air balang tak untung? Korang mesti perasan kalau pergi pasar malam, bersusun air balang dengan pelbagai perasa dan jus yang dipamerkan. Daripada air mata kuching, abc rock, air tebu, air kelapa, air jagung hingga kepada air dari jus buah-buahan. Sampai kelabu mata nak pilih air yang berkenan dihati. Aku standard lah akan pilih cendol, air soya atau jus mangga kalau adalah.. Pokoknya kalau korang ronda pasar tani atau pasar karat mesti ada juga orang yang buat bisnes air balang ni. Pendek kata kalau selagi ada orang yang dahaga memang boleh buatlah bisnes air macam ini.
Bisnes Air Balang Jus Mangga
Kebetulan tadi baru beli jus mangga yang segar dan menyihatkan ini. Bila berjalan ditengah panas, nampak pulak jus yang segar macam ni, memang menggoda sungguh. Sebelum tak pernah tengok lagi di ‘teritory’ ni ada jual jus mangga yang berlatarkan kanopi warna kuning yang cukup sinonim ni. Beberapa bulan lepas masa jalan-jalan cari makan di Taman Medan dan Taman Dato Harun memang perasan, banyak gerai yang menjual jus mangga. Jadi boleh dikatakan masih baru dikawasan ni. Kalau korang antara yang terawal buat bisnes air yang macam ni memang boleh pergi jauh lah selagi tak ramai pesaing yang muncul.
Sempat juga aku sembang dengan kak siti ni. Katanya satu balang perlukan 3 kilo mangga untuk dapatkan jus mangga yang segar dan lazat. Kalau hari biasa dalam 2 ke 3 balang aje terjual, kalau sabtu atau ahad boleh capai 5 hingga 6 balang jus mangga ni. Kalau korang pergi beli mangga lebih kurang 3 kilo sepuluh ringgit jadi kos dia sebalang dalam 15 ringgit sahaja termasuk ais dan plastik (aku anggarkan sahaja). Kalau sudah jual 3 balang adalah dalam 45 ringgit kosnya. Kalau boleh jual 30 cawan sebalang, korang kira lah sendiri berapa untungnya. Memang bisnes air balang ni boleh masyuk.. Itu belum masuk lagi hari sabtu dan ahad yang jualannya boleh mencecah dua kali ganda.
RM3,000 – RM5,000 Senang-Senang
Sebulan bolehlah buat RM 3-5 ribu senang-senang ajer. Jadi nampak tak disitu bagaimana dia buat untung dengan bisnes air balang ni. Orang yang buat paling awal memang akan dapat maksimakan keuntungan, sebelum orang lain mula buat dan tiru. Bila orang lain dah mula buat, pandai-pandailah korang kena buat strategi supaya ada pelanggan tetap. Dapatkan kepercayaan mereka. Jual keunikan jus mangga korang sehingga mereka teringat-ingat dan terbayang dalam mimpi mereka jus mangga korang.
Sumber :http://saniyunus.com
Thank you for reading this entry :0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan