Sabtu, 30 April 2016

1MDB didenda oleh Bank Negara.. Baca Selanjutnya...

1MDB didenda oleh Bank Negara


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah mendenda 1Malaysia Development Berhad atas kegagalan syarikat tersebut mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

BNM hari ini telah mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB susulan keizinan daripada peguam negara hari ini.

Surat kompaun itu menyebut 1MDB dikehendaki menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara.

Ini berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan BNM berhubungan ketidakupayaan syarikat tersebut untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik ini.

1MDB diberi tempoh sehingga 30 Mei depan untuk membayar kompaun tersebut.

Pembayaran kompaun ini menandakan tamatnya siasatan bnm berhubung ketidakpatuhan terhadap peraturan dan pengawalan bnm.


Sumber : Astroawani


Thank you for reading this entry :)

30 April Gangguan Bekalan Air di Shah Alam, Kuala Langat & Klang

30 April Gangguan Bekalan Air di Shah Alam, Kuala Langat &Klang.




KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pengguna di beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 30 April kerana kerja-kerja penggantian untuk menaiktaraf kelengkapan bagi menambahbaik sistem agihan air.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) hari ini, kerja-kerja penggantian akan dijalankan dari 4 pagi hingga 8 malam.

"Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 12 hingga 72 jam bergantung kepada jarak premis dari kolam takungan air," menurut kenyataan itu.

Sebanyak 54 kawasan di Klang dan Shah Alam yang terlibat termasuk Sobena Jaya, Pandamaran; Taman Radzi/Telok Gadong Besar; Telok Gadong Besar; Telok Gadong Kecik; Persiaran Raja Muda Musa; Kg Raja Uda; Teluk Gedung Indah Flats; rumah teres Teluk Gedung Indah B; kawasan perumahan Taman Berembang; Flat Pandamaran Indah dan kawasan perumahan Pendamar Indah.

Jalan Tengku Badar; Jalan Kastam/Jalan Sg Keladi; Jalan Kem; Jalan Raya Barat; Taman Selatan; Taman Petaling Indah; Taman Palm Grove; Taman Chi Liung; Taman Gembira; Taman Sri Andalas; Taman Melawis; Bukit Tinggi 1 dan Bukit Tinggi 2; Bandar Botanik; Ambang Botanik; Bayu Emas dan Bandar Parkland.

Ia juga melibatkan Glenmarie Cove; Bandar Puteri; Bandar Putera 2; Taman Bayu Perdana; Taman Rakyat Andalas; Taman Andalas Permai, Bandar Bestari Jaya; Jalan Seri Sarawak 14 to 21 Taman Seri Andalas; Taman Sentosa; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; sebahagian Jalan Johan Setia; Bayu Tinggi; Pandamaran, Kampung Pendamar; Glenn Cruise; Westport; Kota Pendamar; Taman Teluk Gedung Indah; Pulau Ketam; Pulau Indah Fasa 1; Pulau Indah Fasa 2; Kg Pulau Indah; Laguna Park; Kg Telok Gong; Taman Armada Putera dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sebelas kawasan di Kuala Langat yang terlibat ialah Batu 7 Sejangkang, Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana, Taman Permai Sijangkang, Taman Sijangkang Indah, Taman Medan Indah, Taman Perwira, Taman Sijangkang Jaya dan Taman Sri Medan.

Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air yang mencukupi semasa tempoh gangguan bekalan air sementara ini, kata kenyataan itu.



Sumber : Bernamahttp://www.bernama.com/



Thnak You for reading this entry :)

Merdeka PNB118- Menara tertinggi di Malaysia menjelang 2020. Baca lagi...

Merdeka PNB118- Menara tertinggi di Malaysia menjelang 2020


KLCC sudah sedia terkenal dikalangan penduduk tempatan mahupun seluruh dunia sebagai salah satu menara berkembar yang tertinggi di dunia. Kini sebuah lagi menara baru dalam pembinaan di Kuala Lumpur, dikenali dengan nama KL118 Tower dan dijangka siap sekitar tahun 2020.



Menara yang direka oleh Syarikat Australia Fender Katsalidis Arkitek itu setinggi 610 meter dan terdiri dari 118 tingkat itu dijangka memecahkan rekod baru menjadi bangunan tertinggi di Malaysia mengalahkan Bangunan Berkembar Petronas, KLCC (452m) dan bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur menjelang 2020.





Thank you for reading this entry :)

Beri beg tangan percuma adalah tidak benar- Safiey Ilias

Beri beg tangan percuma adalah tidak benar- Safiey Ilias



PELOPOR dan pemilik kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida pernah menjadi mangsa.

Kini, 'wabak' akaun palsu yang menawarkan pemberian beg tangan berjenama berjangkit pula kepada Safiey Ilias.

Safiey yang menjadi perhatian selepas penghijrahannya daripada dunia mak nyah untuk menjalani kehidupan normal sebagai seorang lelaki, dikatakan ingin memberikan beg-beg tangan berjenama yang dimiliki kepada orang ramai melalui satu akaun Facebook.

Tekan sini untuk baca biodata Safiey Ellias : Biodata saifudin Ilias

Syaratnya? Klik butang 'like' di akaun tersebut dan kongsikan status berkenaan.
Kerana itu, status berkenaan kini dikongsi lebih 120,000 pengguna Facebook.

Namun Safiey, melalui akaun Facebook peribadinya menafikan status itu dimuat naiknya.
Akaun Facebook tersebut juga bukan miliknya, kata Safiey.
Safiey juga menjelaskan buat masa ini, dia hanya memiliki satu akaun Facebook peribadi.

Dia juga tidak bertanggungjawab atas sebarang penipuan yang menggunakan namanya.


SUMBER : ASTROAWANI

Thank you for reading this entry :)

Siapa Khai Bahar penyanyi viral sekarang !!! Baca lagi...

Siapa Khai Bahar penyanyi viral sekarang.



PETALING JAYA: Penyanyi jalanan, Khai Bahar menerima pelbagai maklum balas positif pengguna laman sosial selepas nyanyiannya secara maya bersama Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule menjadi viral di laman sosial.

Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, dia turut menerima pelbagai undangan dan permintaan untuk menjalani temubual daripada beberapa media dan stesen radio tempatan.

"Alhamdulillah, selepas nyanyian duet saya dengan Siti Nordiana menjadi viral laman sosial Instagram, Facebook dan YouTube saya dibanjiri peminat sehingga kini sudah mencecah 97,000 pengikut.

"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana untuk balas semua komen dan banyak juga pihak yang menawarkan saya untuk nyanyi di majlis-majlis mereka menerusi Instagram.

"Sekarang saya terpaksa serahkan kepada kakak saya untuk uruskan dan balas komen-komen kerana saya tidak larat nak balas semua permintaan mereka," ujarnya kepadamStar Online.

Khai berkata demikian ketika diminta mengulas tentang populariti yang dikecapi selepas video nyanyiannya yang digabungkan bersama Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih di aplikasi Smule mendapat perhatian dan menjadi viral.

Video tersebut juga mendapat sebanyak lebih 1 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada minggu lalu.

Sementara itu, Khai berkata, dia bakal menceburi industri hiburan secara serius tidak lama lagi selepas menandatangani kontrak di bawah label NAR Record.

Katanya, dia bakal datang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat bagi memulakan kerjaya sebagai artis dan merakam lagu pertamanya.


"Saya berasal daripada Perlis dan sejak tujuh bulan lalu saya berpindah ke Sarawak dan bekerja sebagai busking di sebuah kedai milik kawan saya.

Syarikat rakaman NAR Record sudah menawarkan kontrak sebagai artis beberapa bulan lalu sebelum saya jadi viral lagi. InsyaAllah akhir minggu ini saya akan ke Kuala Lumpur untuk persediaan sebagai artis rakaman," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang Siti Nordiana, Khai berkata dia merupakan salah seorang peminat penyanyi wanita itu.

Dia mengambil kesempatan untuk berduet dengan penyanyi itu selepas mengetahui Siti Nordiana turut mempunyai aplikasi tersebut.

"Saya memang terlalu minat dengan Siti Nordiana terutama selepas dia menang Gegar Vaganza 2. Bila seorang kawan beritahu Siti Nordiana sudah ada aplikasi Smule untuk berduet saya terus gigih mencari akaun dia untuk menyanyi bersama.

"Saya gembira bila dia juga menulis komen positif dengan nyanyian saya di situ. Insya-Allah, impian saya dapat berjumpa dan nyanyi betul-betul dengan dia di atas pentas suatu hari nanti," ujarnya.




Thank you for reading this entry:)

"Review" penonton tentang movie Civil War. "8/10 rating".Baca selanjutnya....

Civil War beri kepuasan kepada penonton



SELEPAS pertemuan semula Soldier Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan) dan Steve Rogers/Captain America (Chris Evans) dalam filem Captain America: The Winter Soldier, kisah mereka diteruskan di dalam Captain America: The Civil War.
Bukan itu sahaja, dalam filem ini menyaksikan konflik dan kemelut dalaman melibatkan The Avengers selepas misi Captain Amerika di Lagos, Nigeria telah menyebabkan kematian ramai orang awam. 
Disebabkan tragedi ini dan peperangan Avengers sebelum ini, United Nations telah bersepakat untuk menolak The Avengers. Semuanya berhubung kait dengan pertembungan The Avengers sebelum ini antaranya bersama Ultron, Loki dan kemusnahan ketika Captain America menumpaskan Hydra. Semua peperangan ini menyebabkan ramai orang awam terkorban.
Satu resolusi telah dibuat oleh United Nations untuk mengehadkan kuasa The Avengers kerana pemimpin-pemimpin dunia berpendapat The Avengers adalah punca terjadinya segala perang sebelum ini. 

Resolusi itu memerlukan setiap ahli The Avengers bersetuju untuk mengehadkan misi mereka di seluruh dunia dan hanya boleh bertindak jika dipersetujui oleh United Nations.
Di sinilah konflik bermula apabila Captain America tidak bersetuju dengan perjanjian itu tetapi Tony Stark/Iron Man merasakan perjanjian itu adalah yang terbaik untuk The Avengers. 
Konflik ini menjadi lebih personal apabila ia melibatkan prinsip, tanggungjawab dan nilai persahabatan. 
Captain America ingin menyelamatkan rakan baiknya, Bucky/Winter Soldier yang menjadi sasaran United Nations apabila dia dijadikan kambing hitam dalam satu serangan di pejabat United Nations.
Dan konflik demi konflik inilah yang membentuk dua kumpulan iaitu team Captain dan team Ironman yang menyaksikan pertembungan sebenar adiwira.
Pada pandangan penulis, filem ini menebus kekecewaan ramai terhadap filem Batman v Superman: Dawn of Justice.
Biarpun permulaan cerita ini agak perlahan, namun dari awal babak lagi, kita sudah dihidangkan dengan babak aksi yang ringan dan disulam dengan konflik demi konflik yang meregangkan The Avengers.
Walaupun tanpa Thor dan Hulk, filem ini tidak nampak cacat celanya dan ia memberi kepuasan tersendiri kepada penonton.


Pastinya dengan kehadiran Spider-Man dan Black Panther menambahkan lagi 'kemeriahan' filem ini.
Lakonan mantap semua pelakon dan terlibat serta kebijaksanaan pengarah bersaudara, Joe dan Anthony Russo membahagikan setiap karakter dalam durasi lebih dua jam mencantikkan lagi filem ini.
Tidak perlu rasanya mengusik mengenai bab CGI (imej janaan komputer) kerana mereka memang arif dengan teknologi ini, dan bab-bab teknikal lain juga tidak nampak segala cacat dan celanya.


Sumber :Sinar Harian

Thank you for reading this entry :)

Azizah seorang yang baik- Adenan Satem. Baca lagi...

Terima Kasih tapi saya di parti yang betul.





Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bersependapat dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang percaya bahawa dirinya seorang yang baik, kecuali bersama parti yang salah.
"Terima kasih kerana percaya bahawa saya seorang yang baik, (tetapi) saya rasa saya berada dalam parti yang betul.
"Sebab itu kami tubuhkan parti ini," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Adenan pada satu sidang akhbar malam semalam, mencadangkan Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga adalah naib presiden PKR supaya menulis kepadanya jika mahu ke Sarawak.
Mengulas tawaran itu, Wan Azizah berkata kebenaran bagi bagi membolehkan mereka ke Sarawak akan membuktikan bahawa ketua menteri mendukung amalan demokrasi yang sihat.
Bagaimanapun, kata Wan Azizah, beliau dan Nurul akan menulis kepada Adenan untuk meminta kebenaran seperti yang dicadangkan oleh ketua menteri itu.
"Ya, dia (Adenan) suruh tulis, tulis la,” katanya.
Ketua pembangkang itu bagaimanapun tidak pasti berhubung status semasa beliau sama ada dibenarkan memasuki Sarawak.
Anak perempuannya, bagaimanapun, dihalang daripada memasuki negeri Malaysia timur itu bersama-sama dengan puluhan pemimpin politik pembangkang dan aktivis.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berjaya ke Sarawak tetapi beliau hanya diberi kebenaran untuk berada di sana sehingga 2 Mei.

Kerajaan negeri juga membenarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang juga adalah pemimpin supremo parti itu ke Sarawak.
Ketua menteri, bagaimanapun, memberi amaran bahawa jika mereka tidak menjaga kelakuian, kedua-dua mereka akan juga diusir.
Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri ke-11 pada 7 Mei ini.

Sumber :MalaysiaKini

Thank you for reading this entry :)

Terbaru !!! Ricardo Quaresma ke Kedah FA???

Ricardo Quaresma ke Kedah



Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikhabarkan berjaya melamar bekas pemain Barcelona dari Portugal dengan yuran perpindahan bernilai RM1.9 juta.
Menurut sumber, pemain penyerang bernama Ricardo Quaresma itu akan menyertai skuad Helang Merah pada musim perpindahan Jun nanti.
"Kemasukan Quaresma bagi menggantikan Calos Kahe yang dilihat kurang memberi impak kepada pasukan Kedah.




"Setakat ini difahamkan keputusan untuk mengikat Quaresma sudah berjaya, cuma kontrak rasmi belum ditandatangani," katanya yang enggan dikenali.
Quaresma, 32, pernah menyertai Barcelona pada 2003 hingga 2004 dan kini beraksi bersama kelab Turki, Besiktas.
Menurut sumber yang dekat dengan KFA itu, Kedah juga bakal membeli dua pemain tempatan iaitu Shahrul Idlan Talaha dan Asaruddin Putra Omar.
"Kedua-dua pemain itu dikatakan berminat untuk menyertai Kedah dan turut akan didaftarkan pada Jun nanti.
"Shahrul dan Asaruddin sudah datang ke bertemu dengan pengurusan KFA, mereka menyatakan cukup berminat untuk bermain dengan Kedah," katanya.
Pada masa sekarang, Shahrul kini berkhidmat dengan pasukan Terengganu, manakala Asaruddin merupakan pemain JDT.
Skuad Kedah kini dilihat sedang meningkat sejak musim lepas selepas kembali ke Liga Super, malah mereka juga muncul naib juara Piala Malaysia 2016.
Dibimbing ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, kini Kedah menunjukkan kehebatan mereka apabil berjaya merebut slot separuh akhir Piala FA dan berada di posisi tujuh liga.

Sumber: MalaysiaKini

Thank you for readis this entry:)

Mom's Laksa Pengusaha Laksa Sarawak terbaik di Sarawak !!! Baca lagi...

Mom's Laksa pengusaha Laksa Sarawak terbaik di SARAWAK!!!





BERMULA secara kecil-kecilan sejak 20 tahun lalu, kini Mom’s Laksa antara restoran popular yang menyajikan menu Laksa Sarawak resipi ibu bagi peminatnya khusus di bandar raya Kuching.
Dengan menjadikan Kompleks Mahkamah Lama (Kompleks Pelancongan), Kuching sebagai lokasi gerai pertamanya, Mom’s Laksa kini mempunyai lima cawangan di sekitar bandar raya ini.
Perniagaan yang pernah menyediakan perkhidmatan penghantaran Laksa Sarawak dari pejabat ke pejabat ini turut menjadi bukti bahawa perniagaan yang diusahakan masyarakat Melayu ini dapat terus berkembang.
Semuanya hasil gigih pengasasnya Hadiah Yak, 65, yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan putus asa untuk memastikan perniagaannya itu terus bertahan malah maju seperti hari ini.
Kini, perniagaan itu diteruskan oleh dua daripada enam orang anaknya yang berjaya menjadikan Mom’s Laksa sebagai lokasi persinggahan wajib masyarakat tempatan bahkan juga pengunjung luar yang melancong ke sini untuk menikmati hidangan Laksa Sarawak yang tidak menjemukan.
Meskipun wujud budaya persaingan sihat di kalangan pengusaha berbilang kaum dalam industri makanan dan minuman di sini, ia tidak menjadi faktor penghalang kepada Hadiah untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan itu sekali gus membayar segala penat lelah yang pernah dirasai suatu ketika dahulu.


Anak lelaki Hadiah, Rizal Jamali, 37, menyambung kudrat ibunya dalam mengusahakan Mom’s Laksa yang terletak di Jalan Astana sambil turut dibantu oleh isterinya, Suhaida Sahdan, 38.
Rizal berkata, perniagaan yang diwarisi daripada ibunya itu harus diabadikan dalam bentuk penghargaan dan diteruskan oleh anak-anak.
“Kami tidak mahu perniagaan ini terkubur begitu sahaja kerana ia merupakan hasil titik peluh ibu bapa kami yang bermula dari titik sifar lagi.
“Memandangkan kini mereka masing-masing telah tua, kudrat mereka seharusnya disambung oleh kami sebagai anak yang sememangnya berhasrat untuk mengetengahkan industri perniagaan ini ke pasaran yang lebih tinggi,” katanya kepada Utusan Borneo.
Suhaida menambah, Mom’s Laksa kini mempunyai lima cawangan di sekitar bandar raya Kuching merangkumi Jalan Merdeka, Jalan Astana, Matang, Gita dan Was Corner (gerai sewa) yang diusahakan sendiri oleh adik beradik Rizal termasuk adiknya, Mastika Jamali, 26, yang mengusahakan cawangan di Jalan Astana.
Selain itu, ujarnya hubungan baik dan erat sesama adik beradik menjadikan perniagaan itu kini lebih berjaya dan laris serta terkenal di seluruh bandar raya.
“Resipi kejayaan kami sangat mudah. Pertama sekali ialah niat yang ikhlas dalam menghidangkan makanan terbaik kepada pelanggan dan yang kedua hubungan erat antara adik beradik dengan ibu dan bapa.
“Meskipun perniagaan ini bermula dari gerai kecil-kecilan, kami rasakan ia patut diteruskan dalam usaha untuk menghargai resipi warisan turun temurun oleh ibu bapa kami,” katanya.




Thank you for reding this entry :)

Rakyat Sarawak perlu kenang budi - Zahid

Perlu ada sikap kenang budi!- Zahid





Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat Sarawak supaya mengamalkan sikap mengenang budi dengan membalas semua sumbangan diberikan oleh kerajaan melalui sokongan undi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
Menurutnya, sebagai rakyat Sarawak dan orang timur, namun sudah menjadi amalan masyarakat negara ini memiliki sikap pandai mengenang budi walaupun berlainan bangsa dan agama.
“Tok Nan (Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem) mohon tempoh lima tahun sahaja menjadi Ketua Menteri bagi membolehkannya meneruskan kesinambungan ditinggalkan oleh Tun Abdul Taib Mahmud (bekas Ketua Menteri).
“Bila Tok Nan mengatakan ini penggal terakhir, maka sudah menjadi adat kita orang Sarawak, orang timur walaupun berbeza agama dan budaya untuk membalas budi beliau serta kerajaan negeri yang dipimpinnya,” kata beliau dalam ucapan semasa menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Balingian di sini hari ini. – 22 April, 2016.



Thank You for reading this entry :)

Isu Halal di Restoran Hakim

Isu Halal di Restoran Hakim




Kecoh tentang isu halal di Restoran Hakim di Seksyen 7 Shah Alam di media sosial. Restoran dikatakan bukan milik Muslim malah ada yang mempertikaikan status halal premis berkenaan. Bagaimanapun, kenyataan Bahagian Kawalan dan Penerbitan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Harian Metro menjawab segala khabar angin berikut.


Setiusaha bahagian tersebut, Hashimah Nik Jaafar berkata, kenyataan mengenai restoran mamak yang diserbu kerana pemiliknya bukan Islam yang menjadi viral adalah tidak benar.
“Memang ada operasi di lapan premis restoran sekitar Seksyen 7 kelmarin, namun ia bertujuan memeriksa hiasan ayat suci al-Quran di restoran terbabit”

Kita buat operasi bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memantau penggunaan ayat suci al-Quran, bukan status halal atau haram mahupun pemilikan kedai seperti disebarkan”
“Terdapat dua restoran menggunakan hiasan al-Quran yang didapati tidak jelas ayatnya, jadi kita minta pemilik turunkan hiasan itu, itu saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, operasi bersepadu KDN, JAIS dan MBSA itu tertumpu kepada isu penggantungan ayat al-Quran yang mengandungi kesalahan cetak di premis Muslim.
“Tiada isu halal dibangkitkan dalam operasi berkenaan dan tindakan yang diambil adalah mengikut Seksyen 17, Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Kesalahan Mencetak Ayat al-Quran),” katanya. 

Sumber : www.hmetro.com.my


Thank you for reading this entry :)


















Jumaat, 29 April 2016

Gempar!! Kanak-kanak 2 Tahun tertembak ibu !. Baca lagi...

Kanak-kanak 2 Tahun tertembak ibu !





ILWAUKEE: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun secara tidak sengaja menembak ibunya yang sedang memandu.

Menurut pihak berkuasa, tembakan itu mengakibatkan Patrice Price, 26 tahun, maut serta-merta.

Polis berkata, laporan awal menyebut kanak-kanak itu berada di tempat duduk belakang apabila ternampak sepucuk pistol yang terkeluar dari tempat duduk pemandu.

Dia kemudian mengambil pistol tersebut dan menarik picunya.

Tembakan daripada pistol itu terus mengenai ibunya yang sedang memandu.

Siasatan polis menjumpai pistol berkaliber .40 itu di lantai tempat duduk belakang bersama tali pinggang pengawal keselamatan milik teman lelaki ibunya.

Menurut laporan, kanak-kanak itu juga didapati tidak diletakkan di dalam kerusi bayi.

Ketika kejadian, seorang lagi anak mangsa, berusia setahun, berada di tempat duduk hadapan di sebelah pemandu bersama neneknya.

Insiden ini berlaku kurang dua bulan selepas seorang ibu di Florida cedera ditembak dalam kes yang hampir serupa.


Sumber :Astro Awani


Thank You for reading this entry :)

Siapa Saifudin Ilias? Lihat biodata beliau yang mengejutkan!!!

Siapa Saifudin Ilias? Lihat biodata yang beliau yang mengejutkan!!!



Kenali biodata Siapa Saifudin Ilias atau dikenali sebagai Safiey Illias pondan jutawan Malaysia jadi lelaki semula. Isu Safiey Ilias kini mula mendapat perhatian umum apabila “gadis” ini telah insaf dan balik ke pangkal jalan untuk jadi lelaki semula. Pembedahan untuk membuang implan telah berlangsung dengan lancar bertempat di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu 16 April 2016.
Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula
Nama Penuh: Saifuddin Bin Illias
Nama Komersial: Safiey Illias
Umur: 22 Tahun (2016)
Tarikh Lahir: 19 Mei 1994
Asal: Felda Lakum , Lanchang Pahang
Alamat Terkini: Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki
Pekerjaan: Usahawan Online Produk Perlaking, Pakar Motivasi dan Mentor dalam dunia perniagaan
Pendidikan: 5 A UPSR, 8A PMR dan SPM (Semua A)
Sekolah: Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Datuk Bahaman , Lanchang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK), UITM Shah Alam








Fakta Kejayaan Safiey Ilias Pondan Jutawan Malaysia
  • Merupakan seorang pelajar cerdik dan telah mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan STPM
  • Telah mula berniaga sejak dari Tingkatan 4 lagi dari asrama di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang
  • Memulakan bisnes tanpa modal pada ketika itu dengan mendaftar sebagai dropship produk kecantikan.
  • Bukan datang daripada keluarga berada. Pada masa itu, ayah Safiey Ilias hanya memakai kereta kancil
  • Mula menjana simpanan RM200K pada usia 17 Tahun sebaik sahaja tamat sekolah menengah
  • Masuk ke UITM tapi berhenti belajar kerana ingin fokus kepada perniagaan
  • Produk pertama keluaran sendiri adalah produk “Aurora” dengan modal RM500
  • Pada usia 19 tahun telah mampu membeli rumah secara tunai
  • Membeli kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Copper dan Hummer secara tunai
  • Menjana keuntungan 1 hingga 2 Juta pada usia 22 Tahun
  • Dalam mengecapai kejayaan Safie Ilias juga telah menyimpang jauh daripada Allah kerana melakukan suntikan horman untuk menjadi seorang wanita. Selain itu, telah melakukan pada bahagian dadanya supaya memiliki ciri-ciri seorang wanita.
  • Safiey Ilias juga telah dihujani dengan pelbagai kontroversi dengan ramai mendakwa beliau sebagai “Ahli Neraka”
  • Pada usia 22 tahun, beliau telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Perubahan semula Safiey menjadi lelaki semula telah diterima baik oleh masyarakat.



Thank You for reading this entry :)

  

3 Tips mudah Graduan Membeli Rumah. Baca lagi...

3 Tips mudah Graduan Membeli Rumah



1. Tujuan Menabung


Kenal pasti tujuan sebelum Anda menabung. Terlebih jika Anda belum terbiasa menabung. Dengan adanya tujuan, kita ibarat memiliki kompas.
Secara finansial akan lebih terarah. Secara psikologi lebih memudahkan untuk mengatur perencanaan keuangan. 

Tulis dan tempelkan pada tempat yang mudah dilihat.



2. Target


Buatlah target tabungan. Apakah itu target harian, mingguan, atau bulanan. Tergantung kepada kondisi yang paling memungkinkan.

Jika tidak memenuhi target yang seharusnya, hukumlah diri Anda sendiri. Misalnya dengan tidak membelanjakan sesuatu yang biasanya Anda lakukan.



3. Menabung Dalam Bentuk Emas


Tidak seperti wang, emas merupakan komiditi yang tidak tergerus inflasi. Walaubagaimanapun, harga emas mengikuti inflasi, bahkan lebih tinggi dari itu.

Sehingga nilai emas bila diwangkan akan selalu mengalami kenaikan. Carilah informasi akurat tentang bagaimana menabung/investasi emas. Cari tahu juga apa saja kelemahan-kelemahan investasi emas.




Sumber : http://microgist.blogspot.my

Thank you for reading this entry :0