Jumaat, 29 April 2016

Tips Jual Burger Untung RM10,000- En Samad

Untung RM 10,000 hanya berniaga Burger



Jual burger tepi jalan nampak macam perniagaan yang remeh, untung kurang, perniagaan yang meletihkan, perniagaan tak standard, itulah anggapan segelintir rakyat di Malaysia mengenai perniagaan Burger tepi jalan ini. Realiti sebenarnya, berniaga burger di tepi jalan ini boleh mendapat untung sehingga RM 10,000 sebulan. Betullah apa yang Rasulullah beritahu tentang kelebihan perniagaan, 9/10 kekayaan datangnya dari perniagaan. 

Modal kecil, berniaga pada waktu malam sahaja boleh membawa keuntungan yang sangat besar. Tapi ia bergantung kepada cara kita produkkan burger kita dari segi rasa, kualiti masakan itu semua menjadi faktor kejayaan dalam bisnes burger ini.



Ini blue print untuk perniagaan burger: 

harga 1 burger daging – RM3.00
Kos burger +- = RM1.00
Untung = RM2.00
Jadi 200 biji x RM2 = RM400 sehari.
Kalau sebulan = RM400 x 30 = RM12000
Itu dah 5 angka sebulan! Itu angaran kasar diorang dapat. Bisnes Burger memang
margin tinggi.
Kalau tinggal dikawasan ramai penduduk seperti kat taman, fuh memang boleh buat duit betul la.
Cara buat burger sama je, tapi apa yang membezakannya?
Ini pemerhatian saya bila beli burger di 5 stall yang ada di pekan Kuala Kangsar
ni.
1. Tahap garing
2. Rasa
3. Extra
Invest lebih sIkit untuk extra iaitu diorang buat coleslow, blackpepper sauce, timun, bawang dan salad.
Tempat lain kadang sekadar roti, sos cili dan daging burger je. Harga sama. Kalau lebih skit, letak sekeping timun.Sebab itulah, orang serbu tempat “depa” ni. Orang nak yang extra sebab rasanya akan lebih sedap.
Saya pernah join program Dato’ Chef Li, penulis buku Jutawan Senyap. Kata beliau, faktor kecil sebegini sebenarnya memainkan peranan untuk menarik pelanggan.
Kata beliau, daripada kita jual daging readymade tu.. lebih baik kita buat daging burger kita sendiri. Yang ada banyak extra di dalamnya. Dan pastinya lebih sedap!!
Sebab itulah dia ada lebih 20 stall burger yang kini diuruskan oleh anak beliau.
Kini orang dok sibuk boikot produk McD, peniaga burger ni boleh buat duit extra lagi.


Baca lagi Tips Bisnes Burger di http://www.shamsuriyadi.com

Thank you for reading this entry :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan