Memaparkan catatan dengan label prn sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prn sarawak. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2016

Terbiasa Ucap Bahasa Tempatan (Iban) - Najib

Terbiasa Ucap Bahasa Tempatan (Iban)



Saratok: Selepas hampir seminggu berkampung di negeri ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mula membiasakan dirinya untuk memulakan ucapan dalam bahasa tempatan.
Ketika program tinjauan mesra di Dataran Bandar Saratok di sini, semalam, Perdana Menteri bertanya khabar dan memperkenalkan dirinya menggunakan bahasa Iban.
“Nama berita kitak...aku tok Najib Razak, apai besai kitak (Apa khabar anda, saya Najib Razak pemimpin anda),” katanya ketika berucap sambil disambut sorakan lebih 2,000 penduduk yang hadir.
Turut mengiringi beliau calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka Datuk Wahab Aziz dan calon baru BN kerusi DUN Krian Kilat Beriak.
Najib memberi jaminan kedua-dua calon ditampilkan BN di kawasan Parlimen Saratok itu mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.
“Datuk Wahab tidak perlu kita perkenalkan lagi kerana beliau sudah cukup lama mewakili kawasan Kalaka dan perkhidmatannya sudah terbukti.
“Saya juga memberi jaminan Kilat mampu melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat di kawasan Krian yang sebelum ini dikuasai pembangkang,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan infrastruktur di Sarawak, namun saiz negeri ini yang amat luas menyukarkan kemudahan asas disediakan dalam tempoh singkat.
“Kerajaan menyalurkan peruntukan berbilion ringgit untuk menyediakan pelbagai kemudahan asas di Sarawak dan ia memerlukan masa sehingga 10 tahun untuk dilaksanakan secara menyeluruh.
“Sebab itu, berilah sokongan kepada calon daripada parti yang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan itu, bukan calon individu atau dari parti yang hanya mahu menang pilihan raya saja,” katanya.
Dalam ucapan singkat itu, beliau turut mengumumkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM90 juta untuk melaksanakan pembinaan jambatan Sungai Krian bagi menghubungkan Saratok dengan Kampung Kupang serta pembinaan jalan sepanjang 18 kilometer dari simpang Jalan Bajau.


Sumber :HarianMetro


Thank you for reading this entry :0

Ahad, 1 Mei 2016

Sarawak perlukan BN untuk Royalti Minyak- Adenan

Sarawak perlukan Barisan Nasional untuk Royalti Minyak- Adenan




Sarawak memerlukan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan rundingan mengenai royalti minyak dengan Putrajaya, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata hanya pentadbiran BN di Sarawak yang boleh membawa perkara itu dalam rundingan dengan kerajaan Persekutuan kerana 'kami daripada kelab yang sama'.
"Semua orang mahu royalti minyak dinaikkan, termasuklah pembangkang. Soalnya bukan siapa yang mahu, tetapi siapa yang dapat menunaikan perkara ini.
"Kalau DAP yang minta, suara mereka tidak akan diendahkan kerana kerajaan pusat adalah kerajaan BN.


"Saya telah membangkitkan perkara ini dengan PM (Perdana Menteri) dan beliau berkata 'kenapa kita tidak bincang mengenainya. Kita memang ke arah itu'," kata Adenan dalam program Bual Bicara Sarawak Bernama TV semalam.
Mengenai cubaan pembangkang untuk menjadikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebagai isu, Adenan berkata: "Apakah yang DAP, sebuah parti berasaskan kaum Cina, tahu mengenai NCR?
"Hanya Bumiputera yang dapat memahami seorang Bumiputera lain. Saya sendiri seorang Bumiputera. Saya telah mengambil langkah sejak dua tahun lepas untuk mempertahankan NCR."
-Bernama

Sumber : MalaysiaKini

Thank you for reading this entry :)

Sabtu, 30 April 2016

Rakyat Sarawak perlu kenang budi - Zahid

Perlu ada sikap kenang budi!- Zahid





Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat Sarawak supaya mengamalkan sikap mengenang budi dengan membalas semua sumbangan diberikan oleh kerajaan melalui sokongan undi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
Menurutnya, sebagai rakyat Sarawak dan orang timur, namun sudah menjadi amalan masyarakat negara ini memiliki sikap pandai mengenang budi walaupun berlainan bangsa dan agama.
“Tok Nan (Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem) mohon tempoh lima tahun sahaja menjadi Ketua Menteri bagi membolehkannya meneruskan kesinambungan ditinggalkan oleh Tun Abdul Taib Mahmud (bekas Ketua Menteri).
“Bila Tok Nan mengatakan ini penggal terakhir, maka sudah menjadi adat kita orang Sarawak, orang timur walaupun berbeza agama dan budaya untuk membalas budi beliau serta kerajaan negeri yang dipimpinnya,” kata beliau dalam ucapan semasa menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Balingian di sini hari ini. – 22 April, 2016.



Thank You for reading this entry :)