Memaparkan catatan dengan label Kedah FA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah FA. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mei 2016

Saya tidak mahu ‘lebih sudu daripada kuah' - Datuk Aliff Syukri

Saya tidak mahu ‘lebih sudu daripada kuah' - Datuk Aliff Syukri




Kuala Lumpur: “Sebagai penaja saya akan memainkan peranan sebagai penaja. Saya tidak mahu ‘lebih sudu daripada kuah’,” kata Pengarah Urusan D’herbs, Datuk Aliff Syukri mengenai penajaannya kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).


Beliau mengakui tidak mahir dalam bola sepak dan tidak akan campur tangan dalam pengurusan pasukan serta hanya akan ke stadium apabila diarahkan oleh KFA saja.
“Kalau saya buat pandai, ‘over’ sangat, kalau pasukan kalah, nanti saya dipersalahkan juga. Saya tauke kosmetik dan bola sepak bukan permainan saya. Tapi dalam KFA, satu perkara yang dibincangkan adalah jawatan buat saya.
“Mungkin saya pun tak ada masa untuk campur tangan dalam hal orang, nak minta benda pelik-pelik dalam bola sepak negeri Kedah. Saya akan lebih fokus kepada menjual produk kosmetik D’herbs,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada KFA untuk memperincikan bentuk kerjasama yang dijangka akan dimeterai dalam masa terdekat.

“Amaun RM30 juta pada saya banyak. Permintaan saya semua perkara yang rasional dan bukan pelik-pelik. Secara jujurnya sebagai seorang ahli perniagaan, tak ada benda yang datang dengan mudah dan percuma.
“Jadi semestinya ia menguntungkan kedua-dua belah pihak. Amaun itu bukan diminta daripada pihak saya tapi daripada pihak KFA. Jadi saya rasa dari segi amaun saya tiada masalah untuk beri tajaan,” katanya.
Sementara itu, jutawan yang terkenal dengan tagline Terlajak Laris itu turut dibandingkan dengan pendekatan yang dibuat Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida.
“Saya yakin sebenarnya apabila ingin menaja bola sepak negara ini, saya bukan nak bersaing, siapa lagi hebat, siapa lagi tinggi tapi lebih kepada peluang perniagaan.
“Dalam arena bola sepak sekarang ini ia dilihat semakin rancak, kita nak memeriahkan lagi industri bola sepak negara,” katanya.
Beliau turut menegaskan hubungannya dengan Dr Vida sangat baik walaupun ada pihak cuba membandingkan mereka.
“Kami berkawan dan saya masih bermesej dengan Dr Vida. Kalau orang api-apikan pun kami tetap kawan.
“Pada saya persaingan sihatlah. Konsep perniagaan kami ada sebahagiannya berbeza. Pada pendapat saya bagus ada persaingan macam ini,” katanya.
Beliau juga yakin dengan pilihannya menaja pasukan Kedah kerana sudah membuat kajian mengenai prestasi pasukan berkenaan yang dijangka mampu berada dalam kedudukan teratas saingan Liga Malaysia.

Sumber : Harian Metro


Thank you for reading this entry :)

Sabtu, 30 April 2016

Terbaru !!! Ricardo Quaresma ke Kedah FA???

Ricardo Quaresma ke Kedah



Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikhabarkan berjaya melamar bekas pemain Barcelona dari Portugal dengan yuran perpindahan bernilai RM1.9 juta.
Menurut sumber, pemain penyerang bernama Ricardo Quaresma itu akan menyertai skuad Helang Merah pada musim perpindahan Jun nanti.
"Kemasukan Quaresma bagi menggantikan Calos Kahe yang dilihat kurang memberi impak kepada pasukan Kedah.




"Setakat ini difahamkan keputusan untuk mengikat Quaresma sudah berjaya, cuma kontrak rasmi belum ditandatangani," katanya yang enggan dikenali.
Quaresma, 32, pernah menyertai Barcelona pada 2003 hingga 2004 dan kini beraksi bersama kelab Turki, Besiktas.
Menurut sumber yang dekat dengan KFA itu, Kedah juga bakal membeli dua pemain tempatan iaitu Shahrul Idlan Talaha dan Asaruddin Putra Omar.
"Kedua-dua pemain itu dikatakan berminat untuk menyertai Kedah dan turut akan didaftarkan pada Jun nanti.
"Shahrul dan Asaruddin sudah datang ke bertemu dengan pengurusan KFA, mereka menyatakan cukup berminat untuk bermain dengan Kedah," katanya.
Pada masa sekarang, Shahrul kini berkhidmat dengan pasukan Terengganu, manakala Asaruddin merupakan pemain JDT.
Skuad Kedah kini dilihat sedang meningkat sejak musim lepas selepas kembali ke Liga Super, malah mereka juga muncul naib juara Piala Malaysia 2016.
Dibimbing ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, kini Kedah menunjukkan kehebatan mereka apabil berjaya merebut slot separuh akhir Piala FA dan berada di posisi tujuh liga.

Sumber: MalaysiaKini

Thank you for readis this entry:)