Ricardo Quaresma ke Kedah
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikhabarkan berjaya melamar bekas pemain Barcelona dari Portugal dengan yuran perpindahan bernilai RM1.9 juta.
Menurut sumber, pemain penyerang bernama Ricardo Quaresma itu akan menyertai skuad Helang Merah pada musim perpindahan Jun nanti.
"Kemasukan Quaresma bagi menggantikan Calos Kahe yang dilihat kurang memberi impak kepada pasukan Kedah.
"Setakat ini difahamkan keputusan untuk mengikat Quaresma sudah berjaya, cuma kontrak rasmi belum ditandatangani," katanya yang enggan dikenali.
Quaresma, 32, pernah menyertai Barcelona pada 2003 hingga 2004 dan kini beraksi bersama kelab Turki, Besiktas.
Menurut sumber yang dekat dengan KFA itu, Kedah juga bakal membeli dua pemain tempatan iaitu Shahrul Idlan Talaha dan Asaruddin Putra Omar.
"Kedua-dua pemain itu dikatakan berminat untuk menyertai Kedah dan turut akan didaftarkan pada Jun nanti.
"Shahrul dan Asaruddin sudah datang ke bertemu dengan pengurusan KFA, mereka menyatakan cukup berminat untuk bermain dengan Kedah," katanya.
Pada masa sekarang, Shahrul kini berkhidmat dengan pasukan Terengganu, manakala Asaruddin merupakan pemain JDT.
Skuad Kedah kini dilihat sedang meningkat sejak musim lepas selepas kembali ke Liga Super, malah mereka juga muncul naib juara Piala Malaysia 2016.
Dibimbing ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, kini Kedah menunjukkan kehebatan mereka apabil berjaya merebut slot separuh akhir Piala FA dan berada di posisi tujuh liga.
Sumber: MalaysiaKini
Thank you for readis this entry:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan