1200 lagi Kamera AES dipasang !!!
Sejumlah 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di lebuh raya dan Jalan Persekutuan di negara ini tidak lama lagi. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang memberitahu bahawa kerajaan sudah meluluskan pemasangan AES itu.
Isu utama yang kami kenalpasti dalam sistem AES ini adalah dasar operasinya. Gandingan kerajaan & pihak swasta tidak sesuai. Pihak kerajaan mahukan keselamatan jalanraya & penegahan pemanduan melebihi had laju.
Rakan kongsi pihak swasta yang melabur modal besar inginkan seberapa ramai pengguna jalanraya disaman demi meraih keuntungan besar selain pulangan modal.
Jika kerajaan menginginkan semua lokasi camera dipenuhi papan isyarat amaran supaya pemandu akur had laju, pihak swasta mahukan camera tersorok agar dapat menghendap & memaksimakan saman.
Pendekatan rakan swasta ini mungkin tidak menjadi isu jika kerajaan juga inginkan semua pemandu sentiasa berwaspada had laju kerana tiada amaran dipamerkan atau lokasi berubah tanpa makluman. Tapi wajarkah pihak kerajaan memainkan peranan sang penghendap? Matlamat utama iaitu menjaga keselamatan jalanraya mudah ditafsirkan umum sebagai lebih kepada memerangkap & saman, bukannya menjaga keselamatan jalanraya.
Sumber : Berita Harian
Thank you for reading this entry :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan