Ahad, 24 April 2016

Bangun! Bangun!. Kenapa perlu bangun awal pagi. Baca selanjutnya

Kenapa perlu bangun awal pagi !!!






Ramai orang merasakan “lagi lama tidur lagi bagus,badan dapat rehat secukupnya” ataupun “bangun awal pagi ni menyebabkan kita lesu dan penat seharian”. Jadi sebenarnya kita telah terpesong jika kita merasakan begitu.Bukan terpesong akidah ya.
Bukan maksudnya tidur tiada manfaat tapi bangun awal pagi itu lagi besar manfaatnya.
Tahukah anda,
  • Presiden Starbucks Michelle Gaas selama 15 tahun telah set alarm jam seawal 4.30 pagi untuk mulakan larian jogging beliau.
  • Gretchen Ruben penulis buku bestseller “The Happines Project” bangun awal pagi untuk bekerja sekurang-kurangnya 1 jam sebelum ahli keluarganya yang lain bangun.
1# Anda mempunyai masa yang lebih efektif untuk lakukan sesuatu pekerjaan
Ini kerana pada awal pagi kita jauh dari gangguan luar seperti bunyi bising dan komitmen jika anda seorang ibu. Kita bebas melakukan apa sahaja kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini untuk diselesaikan.
Jika anda masih bergelar seorang pelajar tahukah anda hafalan pada waktu ini lebih cepat melekat dikepala? Selain itu otak kita lebih cepat dan mudah untuk menangkap pelajaran yang ingin difahami.
2# Udara dipagi hari sangat mahal nilainya
Oksigen yang kita hirup pada awal pagi terhindar dari segala pencemaran secara tidak langsung memberikan kesan positif pada kesihatan paru-paru.
Selain itu juga udara pagi yang mengalir masuk kedalam tubuh anda akan memberikan kesegaran pada tubuh badan kita.
Kajian juga telah menunjukkan oksigen yang kita sedut dipagi hari dapat meningkatkan aktiviti otak yang lebih efektif serta melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita.
3# Pengakhiran yang baik dimulakan dengan permulaan yang baik
Bayangkan kita bangun lewat pagi,sudah tentu permulaan hari anda akan serabut dengan nak mandinya kemudian sarapannya tambahan lagi nak meredah kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan.
Keserabutan ini akan menyebabkan pertukaran mood dan jiwa kita kepada stress secara tidak langsung menurunkan produktiviti pekerjaan.
Dan bila anda pulang ke rumah pula ahli keluarga yang menjadi mangsa stress anda.Itu tak kena ini tak kena semua tak kena.
Jadi bangunlah awal supaya anda dapat merancang aktiviti harian anda sebaik mungkin.Uruskan perkara yang boleh diselesaikan awal dan tidak bertangguh supaya ianya tidak memberikan kesan negatif pada harian anda.
# Perspektif Islam
Kalau orang bukan islam boleh bangun awal mengejar kebahagiaan dunia,kenapa kita orang islam tidak?
Sedangkan kita mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat.
Islam menggalakkan kita bangun pada awal bagi adalah kerana adanya faktor ketenteraman pada waktu itu.
Pada saat inilah solat dan bacaan alquran kita lebih khusyuk dan terasa dihati kita.
Pada waktu ini juga antara masa kita untuk bersendirian dengan Allah dan menceritakan segala permasalahan kita.
“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan di waktu itu lebih terkesan.” [Al-Muzzammil/73: 6]

Sumber : http://quranicgen.com 

Thnak you for reading this entry :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan