Khamis, 28 April 2016

Indonesia - Rasuah sebab isteri Menteri Tamak. Kalau di Malaysia macam mana pulak??? Baca lagi...

Ketamakan Isteri punca Rasuah


Jakarta: Rasuah adalah antara masalah utama di Indonesia dan seorang menteri negara itu ada pandangan luar biasa mengenai punca amalan berkenaan,- seorang lelaki yang mahu memenuhi keinginan isterinya yang tamak.


Selama bertahun-tahun Indonesia berusaha mengatasi masalah rasuah yang menyaksikan pegawai kerajaan dari menteri sehinggalah hakim kanan dipenjara kerana menerima sogokkan.
Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin tidak hanya menyalahkan pegawai berkenaan dan menyatakan isteri yang tamak turut mendorong mereka menerima rasuah.
Isteri golongan elit di Indonesia terkenal kerana gemar memakai pakaian dan beg tangan berjenama mewah.
“Rasuah sering didorong oleh banyak perkara termasuk permintaan luar biasa dari ahli keluarga yang mendesak seseorang itu bertindak luar biasa.
“Pesanan saya adalah tidak meminta terlalu banyak perkara kebendaan yang luar dari kebiasaan.
“Perkara ini biasanya banyak dilakukan oleh golongan wanita (isteri),” tambahnya.
Lukman dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Suryadharma Ali yang dihukum penjara enam tahun selepas didapati bersalah kerana rasuah pada awal tahun ini.
Suryadharma didakwa membantu beberapa saudaranya memotong senarai menunggu yang panjang untuk mengerjakan Haji di Makkah. - AFP



Thank you for reading this entry :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan