Jumaat, 22 April 2016

TOP 3 Gaji pemain bola sepak Malaysia yang mengejutkan!!!

TOP 3 gaji pemain bolasepak Malaysia yang mengejutkan!!!


Bila bercerita pasal bola sepak Malaysia, kita selalu bercerita tentang menang dan kalah pasukan. Bila menang pemain dipuji, bila kalah diherdik. Tapi sepatutnya pemain perlu berusaha bersungguh sungguh setimpal dengan gaji yg diberi. Ini senarai pemain bola sepak Malaysia yang menerima gaji paling tinggi di Malaysia (TOP 3)


1. SAFEE SALI  (RM 120,000) (JOHOR DARUL TAKZIM)




Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.


2. KHAIRUL FAHMI CHE MAT (RM 100,000) (KELANTAN)



Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek dikatakan panjaga gol yang dibayar gaji termahal dalam Liga Malaysia. Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang. Beberapa musim lepas, Apek dikhabarkan turut menerima tawaran lumayan dari sebuah pasukan dan akan meletakkannya sebagai pemain termahal namun Apek memilih untuk kekal bersama Kelantan.


3. AMRI YAHYA (RM 85,000) (JOHOR DARUL TAKZIM)


Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan