Punca 1.4 Juta Pelanggan Maxis beralih arah.
KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd kehilangan sejuta pelanggan bagi tahun 2015. Bagi tempoh awal tahun 2016, lebih dari 400,000 pelanggannya beralih arah ke rangkaian telekomunikasi yang lain.
Meskipun mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama 2016, tindakan pelanggan memilih untuk tidak menggunakan khidmat Maxis mungkin akan menjadi pengajaran kepada mereka agar lebih berhati-hati dalam menjaga perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan.
Menurut laporan The Malaysian Reserve , Maxis kehilangan 1 juta pelanggan dalam jangkan masa setahun. Dalam tahun ini sahaja pada 3 bulan pertama 2016 Maxis sudah kehilangan 400 000 pelanggan. Pakar analisis berpendapat keadaan ini adalah disebabkan oleh syarikat Maxis yang sangat lambat terhadap kepada perubahan pasaran. Pesaing seperti Digi dan Celcom cepat bertindak balas terhadap pelan telco yang lebih murah yang ditawarkan oleh U Mobile dan Tune Talk.
Pada masa yang sama , pendapatan perkhidmatan postpaid dan prepaid Maxis pula berkurangan daripada RM 1.02 Billion kepada RM 994 Juta.
Sejak April 4 2016 , apabila isu krisis sosial media Maxis meletup maka saham Maxis sudah ditimpa kejatuhan 7% dalam pasaran saham.
Pengalisis RHB Research Institute SDN BHD pula berpendapat sekitar 72-78% pelanggan postpaid Maxis akan terbuka kepada pelan dan harga data Telco lain yang lebih murah. Oleh itu , adakah Maxis akan lagi dapat terus mengekalkan status mereka sebagai Telco No 1 negara ? Persoalan yang lebih menarik adalah adakah Maxis akan mampu bangkit daripada krisis ini ataupun lebih banyak lagi pelanggan mereka terkini juga akan keluar daripada menggunakan Maxis ?
Thank you for reading this entry :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan