Hanya satu kemenangan - itu yang diperlukan Leicester City untuk mengesahkan bahawa mereka adalah pasukan terbaik EPL musim ini selepas cabaran terdekat mereka, Tottenham Hotspur sekadar seri 1-1 dengan West Brom awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Jika ramuannya menjadi anak buah Claudio Ranieri boleh menggenggam kejuaraan Ahad ini - dengan syarat mereka mengalahkan Manchester United di Old Trafford.
Keputusan seri Spurs dan West Brom tadi membolehkan Leicester berada di tempat teratas dengan kelebihan tujuh mata.
Mengulas keputusan itu Pengurus West Brom, Tony Pulis berkata dia memang berharap Leicester akan muncul sebagai juara EPL kali ini.
"Leicester adalah sebuah kisah indah dan saya tidak fikir ia boleh berlaku di mana-mana kecuali di negara ini.
"Apa yang perlu mereka lakukan adalah memburu kemenangan dan saya yakin itulah yang sedang mereka lakukan. Ia sebuah kisah yang amat indah, tetapi ada banyak lagi yang perlu mereka buat," katanya.
Semua berniat baik
Ketika ini Leicester memang hanya selangkah lagi untuk menghasilkan sebuah kisah klasik sejak kelab itu ditubuhkan 132 tahun silam.
Sementara peminat sedang dilanda perasaan harap dan cemas, sesetengah penyokong The Foxes berasa ada sebab untuk mereka lega.
Di belakang Leicester tetap ada 'kuasa mistik' yang akan mendorong kelab itu menjadi yang terbaik bagi musim 2015/16 ini.
Hampir 10,000 kilometer dari Leicester ada Phra Prommangkalachan sedang melakukan rutin yang diyakininya dalam Wat Traimit dai Bangkok Thailand.Kepada Sky News sami Buddha itu memberitahu Leicester adalah pasukan yang berazam tinggi untuk memenangi kejuaraan EPL kali ini.
"Jurulatihnya, pemainnya semua berniat baik untuk menjadi juara.
"Doa saya adalah sebahagian daripada itu - membantu menjayakan impian dan memberi galakan kepada mereka.
"Kami cuba menguruskan Leicester menggunakan kuasa Buddisme, kuasa Dhamma dan kuasa Sangha," katanya.
Sumber :malaysiakini
Thank you for reading this entry :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan