Rabu, 27 April 2016

Tips bayar PTPTN "ON-TIME" untuk bakal graduan

Tips bayar PTPTN "ON-TIME" untuk bakal graduan 




1. Jadi peminjam yang baik, bayar ikut waktu

Langkah terbaik bagi semua peminjam PTPTN sama ada yang telah disenaraikan dalam CCRIS atau belum ialah untuk menjadi peminjam yang baik (good paymaster) iaitu dengan memastikan pembayaran bulanan adalah teratur dan mengikut jdual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Letak ketepi setiap bulan dana khas untuk membayar semula hutang pelajaran kita dahulu. 

2. Berunding jumlah ansuran dengan PTPTN

Bukan semua kita bernasib baik dapat pekerjaan besar selepas tamat graduasi dan jika bayaran ansuran bulanan di luar kemampuan, anda boleh hadir ke mana mana 60 pejabat PTPTN Negeri, cawangan atau kiosk di seluruh negara untuk rundingan.

Selain itu anda boleh turut hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN yang disediakan percuma untuk anda hubungi jika mahu berunding hal bayaran ansuran. Cuma jangan lari dari tanggungjawab, kasihan generasi kita akan datang

3. Potongan Gaji & Perbankan Internet

alau anda membaca artikel ini, besar kemungkinan yang anda tahu bagaimana untuk guna perbankan internet. PTPTN juga memudahkan anda untuk membayar ansuran bulanan dengan semua perbankan internet utama di Malaysia seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, Public Bank dan banyak lagi.
Selain itu juga untuk memudahkan kerja dan supaya anda tidak terlupa, PTPTN juga tawarkan sistem potongan gaji setiap bulan yang boleh anda pohon dan borang boleh diperoleh melaluiportal rasmi PTPTN.

4. Pengeluaran KWSP



Tahukah anda yang pembayaran ansuran pinjaman PTPTN anda boleh dilakukan dengan pengeluaran dana dari Akaun II KWSP. Permohonan untuk mengeluarkan wang dari akaun tersebut boleh dilakukan oleh peminjam dan ibu atau bapa peminjam selagi ianya memenuhi syarat berikut. Senang kan?
Kami dan pastinya pihak PTPTN sendiri berharap yang semua langkah di atas boleh membantu anda untuk keluar dari kemelut hutang PTPTN secepat mungkin selain membantu generasi akan datang untuk menikmati kemudahan seperti anda sekarang.



Thank you for reading this entry :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan