Jumaat, 29 April 2016

Hasrat Acan berjumpa TMJ Tercapai

Hasrat Acan berjumpa TMJ menjadi realiti.


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor berkenan melawat adik Mohd Fikri Hakim, pesakit jantung berlubang kronik yang dilaporkan amat teringin berjumpa dengan baginda menurut laporan akhbar tempoh hari. 






Baginda yang berangkat ke Muar untuk bertemu Mohd Fikri yang mesra dipanggil Acan sebaik selesai majlis rasmi di Johor Bahru, turut mengurniakan jersi JDT yang tertera nama 'Acan 01' pada pertemuan tersebut. Pastinya kehadiran baginda menjadi satu episod istimewa buat Acan dalam perjuangannya melawan penyakit yang dihidapinya. 





Sewaktu perjumpaan tersebut, Acan dimaklumkan supaya menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) atau dimana mana di dunia dan segala kos perubatan akan dibiayai sepenuhnya oleh JDT.Allah Peliharakan Sultan.



Sumber : Johor Southern Tigers 


Thank You for reading this Entry :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan