Sabtu, 30 April 2016

Isu Halal di Restoran Hakim

Isu Halal di Restoran Hakim




Kecoh tentang isu halal di Restoran Hakim di Seksyen 7 Shah Alam di media sosial. Restoran dikatakan bukan milik Muslim malah ada yang mempertikaikan status halal premis berkenaan. Bagaimanapun, kenyataan Bahagian Kawalan dan Penerbitan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Harian Metro menjawab segala khabar angin berikut.


Setiusaha bahagian tersebut, Hashimah Nik Jaafar berkata, kenyataan mengenai restoran mamak yang diserbu kerana pemiliknya bukan Islam yang menjadi viral adalah tidak benar.
“Memang ada operasi di lapan premis restoran sekitar Seksyen 7 kelmarin, namun ia bertujuan memeriksa hiasan ayat suci al-Quran di restoran terbabit”

Kita buat operasi bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memantau penggunaan ayat suci al-Quran, bukan status halal atau haram mahupun pemilikan kedai seperti disebarkan”
“Terdapat dua restoran menggunakan hiasan al-Quran yang didapati tidak jelas ayatnya, jadi kita minta pemilik turunkan hiasan itu, itu saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, operasi bersepadu KDN, JAIS dan MBSA itu tertumpu kepada isu penggantungan ayat al-Quran yang mengandungi kesalahan cetak di premis Muslim.
“Tiada isu halal dibangkitkan dalam operasi berkenaan dan tindakan yang diambil adalah mengikut Seksyen 17, Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Kesalahan Mencetak Ayat al-Quran),” katanya. 

Sumber : www.hmetro.com.my


Thank you for reading this entry :)


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan