Restoran TOP di Kuala Lumpur pilihan pengunjung!!!
1. RESTORAN MURNI BUKIT JALIL
41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Jalil dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu lagi pilihan tempat makan yang amat menyelerakan iaitu Restoran Murni. Sebenarnya Restoran Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama.
Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini.
Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera. Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain.
Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan.
2. RESTORAN ALISARRA
Cs23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong
Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana saja. Restoran masakan Thai pula tumbuh bagai cendawan tidak kira di kota mahupun di desa. Ada yang berjaya menawan selera pelanggan malah ada juga yang suam-suam kuku.
Di Puchong, Restoran Alissara Thai Cuisine boleh dianggap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bermula lebih 6 tahun dulu di Puchong Perdana, ia berkembang menjadi sebuah restoran yang setanding dengan restoran Thai yang lain seperti Sabye Sabye Thai atau Seri Thai. Restoran ini adalah eksklusif untuk makanan Thai.
Menunya meliputi hidangan ala carte berbentuk nasi, bihun, mee dan sebagainya. Tidak kurang juga menu lauk pauk seperti ikan kerapu masam manis, ikan siakap tiga rasa, pilihan aneka tomyam dan menu masakan seafood seperti kerang-kerangan, siput, lalah, udang serta sotong. Terdapat juga menu sayuran seperti kailan dan kangkung.
Menurut pelanggan-pelaggan tetap restoran ini, makanan di sini mempunyai rasa Thai sebenar walaupun sedikit pedas. Cuma ada yang memilih sup perahu pecah dan kari hijau berbanding tomyam.
Thank you for reading this entry :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan