Sabtu, 30 April 2016

1MDB didenda oleh Bank Negara.. Baca Selanjutnya...

1MDB didenda oleh Bank Negara


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah mendenda 1Malaysia Development Berhad atas kegagalan syarikat tersebut mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

BNM hari ini telah mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB susulan keizinan daripada peguam negara hari ini.

Surat kompaun itu menyebut 1MDB dikehendaki menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara.

Ini berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan BNM berhubungan ketidakupayaan syarikat tersebut untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik ini.

1MDB diberi tempoh sehingga 30 Mei depan untuk membayar kompaun tersebut.

Pembayaran kompaun ini menandakan tamatnya siasatan bnm berhubung ketidakpatuhan terhadap peraturan dan pengawalan bnm.


Sumber : Astroawani


Thank you for reading this entry :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan