Jumaat, 22 April 2016

Percutian Menarik di Sarawak

Percutian Menarik di Sarawak, Malaysia

Muzium Kucing



Muzium ini merupakan muzium kucing yang pertama di dunia yang terletak di Petrajaya. Bagi penggemar kucing anda akan menjumpai pelbagai pameran, gambar, kesenian ala kucing dan juga cenderahati ala kucing.  Hampir 4000 koleksi terdapat di Muzium kucing ini.

Muzium ini terletak di aras ground floor di bangunan City Hall dan mempunyai 4 galeri utama yang merangkumi keluasan binaan lebih 1000 meter persegi. Tiada caj dikenakan untuk memasuki muzium ini, hanya caj sebanyak RM3 dan RM5 untuk camera video. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan dibuka dari pukul 9 pagi sehinggalah ke 5 petang.


Taman Buaya Jong




Sarawak sememangnya terkenal dengan buaya. Siapa yang tak kenal dengan Bujang Senang, Lagenda buaya di kepulauan Borneo.Miri, Kuching merupakan daerah di Sarawak yang memiliki Taman Buaya. Taman buaya Jong ini merupakan taman buaya dan menempatkan lebih seribu ekor buaya. Dan disinilah pengunjung boleh melihat sendiri aksi ganas buaya menyambar ayam busuk melalui tali rentang. 

Jadi, jangan lepaskan peluang datang ke taman buaya jong dan lihat sendiri aksi haiwan yang seakan- akan dinasour. Pengujung boleh dapatkan cenderahati yang berkonsepkan buaya.

Thank You for reading this Entry :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan